Dengan peningkatan ekonomi negara yang semakin stabil pasca-pandemik, Malaysia kini berada di dalam landasan yang betul untuk kemajuan kewangan. Walau bagaimanapun, terdapat mereka yang masih terkesan akibat pandemik dan kesempitan hidup. Walaupun kerajaan telah menawarkan pelbagai bantuan untuk meringankan beban, sudah pasti pinjaman wang masih menjadi salah satu penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Di sini, kami ingin berkongsi cara terbaik untuk memohon pinjaman peribadi secara online. Kami telah mengumpulkan pelbagai pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi di laman web ini untuk memudahkan anda mohon secara online.
Pelan-pelan ini adalah daripada institusi kewangan seperti bank, koperasi kredit dan juga kredit komuniti (syarikat pinjaman wang berlesen) yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh lihat senarai pelan daripada oleh institusi-institusi kewangan ini untuk memudahkan anda buat pilihan.
Anda juga boleh guna Sistem Semak Kelayakan pinjaman peribadi online disediakan untuk memudahkan anda mencari pelan yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan. Hanya masukkan butiran anda dan sistem akan memilih pelan pinjaman peribadi terbaik.
Pilih pelan yang diingini dan baca maklumat seperti jumlah pinjaman, tempoh, kadar faedah pinjaman, jadual bayaran bulanan, caj dikenakan, dan bagaimana untuk mohon pinjaman online. Tidak kira apa sektor pekerjaan, sama ada anda kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kakitangan swasta, bekerja sendiri, anggota Angkatan Tentera Malaysia, atau pesara – pasti ada pelan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Jika ingin lebih maklumat yang boleh membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih berkesan, layari laman blog kami. Atau kunjungi laman soalan lazim pinjaman peribadi dan kad kredit untuk jawapan terhadap soalan yang sering ditanya.